Dengan keadaan di mana kebanyakan harga barangan dan elektrik bill yang semakin melambung tinggi, kita perlu menjimat atau mencari ilham mendapatkan wang. Bulan March yang lalu, saya mendaftar menggunakan kad kredit WISE dari Hong Leong kerana ia memberi peluang yang senang untuk mendapatkan rebat maksimum sebanyak RM100 sebulan. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi pengalaman and ulasan kad kredit tersebut kepada semua, semoga ia dapat membantu saudara-saudari sekalian.
Mengapa Saya Memilih Kad Kredit WISE
Rebat Bulanan Tinggi 10% (Max RM100)
Dulu saya gembira menggunakan kad kredit OCBC yang memberi rebat 5% tetapi program tersebut sudah tamat. Selepas itu, saya bertukar kepada kad Maybank 2 card yang memberi 5% rebat untuk semua transaksi Amex di hujung minggu.Namun demikian, program tersebut telah bertukar di mana rebat hanya kepada transaksi makanan “dining” sahaja.
Kad kredit WISE daripada Hong Leong Bank adalah penggantian yang terbaik dapat dicari kerana ia bukan sahaja memberi rebat yang tinggi sebanyak 10% kepada transaksi dalam 3 kumpulan (1 kumpulan percuma untuk mobile + 2 kumpulan pilihan anda), maksimum rebat juga tinggi sebanyak RM100.
Senang Mendapat 10% Rebat Bulanan
Syarat-syarat untuk mendapat rebat 10% tiap-tiap bulan adalah munasabah:
- Membuat mana-mana transaksi sekurang-kurangnya 10 kali sebulan dengan setiap transaksi melebihi RM50.
- Rebat 10% untuk setiap transaksi dalam kumpulan pilihan sekiranya syarat pertama dipenuhi
Pada pendapat saya, tidak susah memenuhi syarat-syarat di atas kerana anda boleh menggunakan kad kredit untuk mana-mana transaksi (online atau offline) TIAP-TIAP HARI (Ahad-Sabtu) asalkan jumlah melebihi RM50. Sebanyak 10 kumpulan rebat ditawarkan termasuk kumpulan percuma mobile (bil untuk MAXIS/DIGI/CELCOM/UMOBILE) and kumpulan popular seperti petrol, groceries, departmental store, utilies, dining dan lain-lain.
Tips Jaminan Dapat Rebat
Berikut adalah tips untuk memenuhi syarat mendapat 10% rebat setiap bulan:
- Memohon kad tambahan percuma untuk suami/isteri jika rasanya tidak dapat membuat 10 transaksi sebulan seorang. Trasaksi dari kad supplement adalah dikira terhadap kad master.
- Untuk kumpulan percuma mobile, cuba menukar auto-debit bil mobile kepada kad WISE atau membayar di kedai service mobile. Bil mobile RM48/sebulan akan dapat rebat RM 4.80
- Untuk 2 kumpulan pilihan, cuba pilih SATU kumpulan yang paling biasa anda belanja setiap bulan and SATU kumpulan yang jumlah tinggi. Contohnya, saya memilih “petrol” dan “groceries” kerana selalunya saya perlu menambah petrol sekurang-kurangnya 7-9 kali untuk dua kereta sebulan. Kumpulan “groceries” dipilih walaupun hanya 2-3 kali sebulan kerana jumlah belanja lebih tinggi. Satu bil TESCO RM300 sahaja boleh dapat rebat RM30.
Review Untuk Kad WISE
Secara keseluruhan, saya berasa puas hati dengan servis and rebat tunai yang ditawarkan oleh WISE kad kredit Hong Leong. Syarat rebat 10 sekali sebulan adalah SENANG ( tiap-tiap hari, mana-mana transaksi melebih RM50) and rebat tunai untuk 3 kumpulan dipilih daripada 10 kumpulan memang CUKUP untuk mendapat maksimum rebat RM100 dengan sedikit perancangan semasa belanja.
Selain itu, kenyataan bil bulanan sangat JELAS. Setiap transaksi yang layak mendapat 10% akan dicetak nama kumpulan dan jumlah rebatnya. Jumlah rebat daripad setiap kumpulan juga dicetak dengan jelas dan senang difahami.