6 Tips Jimat Tenaga Penghawa Dingin

Penghawa dingin adalah peralatan yang tidak dapat diketepikan untuk mana-manu rumah untuk memberi keselesaan semua orang terutama di negara kita yang panas sepanjang tahun. Malangnya, ia boleh menambah bil tenaga and meningkatkan beban kewangan keluarga. Terdapat banyak kos di luar kawalan anda, tetapi penggurangan bil tenaga sebanyak 20-30% adalah sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah dengan mengikuti tips di bawah.

Suhu yang Ideal

Mengikut kajian, suhu 24 darjah celcius adalah suhu yang optimum dari segi penjimatan elektrik dan keselesaan. Dengan menetapkan suhu yang lebih rendah daripada itu, anda akan menghauskan sumber tenaga yang lebih. Selain itu, penggunaan kipas bersama penghawa dingin dapat membantu mengawal penyejukan sepanjang masa dalam bilik. Namun begitu, elalkan daripada tindakan ini jiks bumbung ruman anda menghadap terus dengan matahari.

Penebatan (Insulation)

Penghawa dingin adalah bertujuan untuk menyejukkan kawasan tertutup. Jadi, ia adalah sangat penting bahawa kehilangan kesejukan melalui dinding, siling dan tingkap dikurangkan. Untuk berbuat demikian, anda boleh menggunakan cat terang di rumah anda, atau menggunakan penebat haba untuk siling. Dinding penebat haba boleh digunakan untuk dinding dalam bilik. Pintu and tingkat yang sentiasa ditutup dan penggunaan langsir juga membantu dalam penebat.

Penyelenggaraan (Maintenance)

Penapis yang terlalu kotor menyekat aliran udara dan boleh menyebabkan sistem untuk menjalankan penyejukan yang lebih lama, meningkatkan penggunaan tenaga. Jikalau boleh, pembersihan penapis dilakukan sebulan sekali. Selain itu, penyelenggaraan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. Peralatan haus perlu digantikan dan kotoran dibersihkan untuk kecekapan maksimum.

Penghawa Dingin Inverter

Penggunaan tenaga cekap produk seperti inverter dapat memberi penjimatan bil tenaga yang banyak. Adalah lebih bijaksana untuk menukarkan peralatan kepada jenis inverter kerana ia dapat menjimat dalam jangka panjang.

Saiz Penyaman Udara

Pemilihan “horse power” yang betul untuk penghawa dingin bilik anda apabila anda membeli adalah amat pernting. Jika anda memilih “horse power” yang terlalu tinggi bagi sebuah bilik yang kecil, maka anda akan rasa tidak selesa. Sebaliknya, jika anda menggunakan penghawa dingin untuk dengan “horse power” rendah bagi sebuah bilik yang besar, maka ia akan berjalan secara berterusan dan memakan lebih elektrik tenaga. Sehubungan dengan itu, peralatan penghawa dingin boleh rosak dengan mudah dalam jangka masa singkat masa. Jadi, sebelum membeli, anda boleh mendapatkan rekomen saiz yang perlu menggunakan “horsepower calculation” daripada Panasonic Aircon Malaysia.

Penempatan Unit Luar

Jika unit luar penghawa dingin telah dipasang di suatu tempat yang terdedah kepada banyak haba matahari atau haba yang lain, kecekapan penyejukan akan dikurangkan. Juga pastikan bahawa unit luar tidak diletakkan dalam ruang yang sesak untuk memaksimumkan output.