kurang-beban-kereta-jimat-petrol

Kosongkan kereta sebanyak boleh

Kurangkan beban kereta anda! Kereta yang kosong dapat membantu anda menjimat gas serta wang! Masihkah anda membawa peralatan memancing atau alat golf dalam kereta? Jika peralatan tersebut tidak digunakan setiap hari, anda mungkin tidak perlukannya dalam kereta! Kosongkan peralatan yang tidak perlu dan lihat berapa banyak kilo dikurangkan dari kereta anda. Sebaik sahaja anda menggosongkan semua alatan dan mengeluarkan basikal rak yang tidak diguna lagi, anda mungkin menjimat sebanyak 5 sen satu liter. Inilah alasan terbaik untuk membersihkan kereta anda! Selain itu, amalan baik menjimat minyak adalah mengekalkan kelajuan yang lebih konsisten.

Tekanan Tayar yang Optimum

Bagaimana dengan tekanan tayar?  Memang benar bahawa jika tekanan tayar anda rendah, anda akan menggunakan lebih banyak gas. Jika tekanan tayar terlalu tinggi ia mengurangkan daya tarikan and boleh membahayakan terutama semasa memusing di selekoh-selekoh tajam, Jadi, anda perlu pastikan ia berada di tahap hampir akhir tetapi tidak terlalu mengembung supaya tidak mendatangkan risiko keselamatan. Adalah amalan baik untuk menyemak tekanan tayar selalu semasa mengisi minyak and mengisi udara sekira perlu.

Guna Gear yang betul

Apabila melihat bukit di hadapan, anda mula memecut sebelum sampai ke situ jika mahu menjimat minyak. Salah satu sebab pembaziran petrol ialah memandu dengan gear rendah tetapi memandu laju! Anda akan menggunakan petrol kira-kira 45% lebih daripada yang diperlukan. Sentiasa ingat, memandu perlahan dan kemudian beralih ke gear tinggi semasa meningkatkan kelajuan anda untuk menjaga enjin anda dan menjimat minyak. Itulah juga cara yang baik dapat menjimatkan wang!

Jikalau boleh, cube elak daripada melalui jalan raya yang buruk. Kotoran atau jalan-jalan batu kelikir dapat memakan sekurang-kurang 30% daripada pembakaran petrol anda.

Comments are closed.