promosi tunai balik kad kredit

Tiap-tiap tahun Public Bank akan melancarkan rebat tunai untuk mengalakkan penggunaan kad kredit bank mereka semasa musim perayaan. Tahun ini juga begitu, jadi ia memang berita baik sebab dapat menjimat duit semasa membeli baju baru and hadiah sempena Tahun Baru Cina.

Kempen tahun ini adalah sah dari 15-JAN-2016 sehingga 14-MEI-2016 termasuk kedua-dua hari tersebut. Semua pemilik utama kad kredit Public Bank, Public Islamic Bank atau Co-Branded adalah layak untuk menyertai program ini.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:

  1. Pemilik utama kad kredit mesti mendaftar melalui hantaran SMS ke nombor 66300 dalam format berikut:  “PBCB 16-digit Principal Credit Card number” (e.g. PBCB 4553123412341234)

2. Mengguna sekurang-kurangnya RM888 dalam setiap bulan promosi seperti dalam jadual bawah

3. Maksimum tunai balik adalah RM88 untuk setiap bulan promosi, siapa cepat dia dapat (sehingga peruntukan bulanan RM100,000.00 habis rebat)

Jadual bulan promosi

rebat tunai kad kredit

Kebaikan kempen ini

  • Jumlah rebat yang tinggi sebanyak 10% (RM88 untuk RM888)
  • Tidak ada penggunaan minimum, semua jumlah menyumbang terhadap kelayakan RM888
  • Tiada had untuk kategori tertentu, semua transaksi terkumpul
  • Masa kelayakan yang lama, senang untuk mengguna RM888 dalam sebulan

Cabaran dapat tunai rebat

  • Tidak ada jaminan mesti dapat rebat, RM 100K peruntukan sahaja sebulan
  • Biasanya rebat akan habis dituntut dalam minggu pertama bulan promosi (kecuali bulan pertama pelancaran kempen kerana tidak banyak yang tahu lagi)

Secara keseluruhan, rebat tunai daripada PBBANK bukanlah yang terbaik dan paling senang, tetapi ia memang boleh memberi wang rebat yang lumayan jika tarikh belanja dirancang dengan betul.

Comments are closed.