10% car insurance rebate

 

Tahukan anda bahawa anda boleh menjimat sekurang-kurangnya 10% daripada harga dasar premium jika memperbarui insurans kereta melalui Maybank Etiqa? Sekiranya premium insurans banyak, penjimatan ini satu angka yang besar juga.

Apakah kebaikan mengguna Motor Takaful

Saya memang suka mengguna service barui insurans kereta secara online untuk kereta yang tidak tertakluk kepada pihak insurans pilihan jualan syarikat kereta. Antara sebad-sebab nya adalah:

Kalkulator insurans & Bayaran Jelas

car insurance calculatorLaman web mempunyai kalkulator yang memberi anggaran premium kereta selepas menolak NCD (no claim discount). Selain itu, semua butiran bayaran dipaparkan tanpa prasangka.

10% rebat serta-merta

Selepas masukkan butiran kereta, premium dan NCD, 10% rebat akan ditolak daripada jumlah bayaran serta merta. Jika anda memilih membayar menggunakan kad kredit, gunalah CIMB cash rebate kad kredit kerana dapat tambahan 5% rebat daripada CIMB di hujung bulan nanti.

Senang & Cepat

Tidak perlu lagi membazir masa dan petrol kereta pergi tempate JPT dan menunggu ataupun membayar komisen kepada “runner” untuk membarui. Asalkan ada “internet” di rumah, bolehlah buat semua ini di rumah yang selesa.

Kali pertama ambil masa lebih sikit untuk masukkan maklumat kereta seperti numbor enjin, cc and selainnya. Tahun depan senang sahaja kerana semua maklumat dalam sistem, cuma tukar premium sahaja, NCD akan dikira secara automatik.

Jika anda tidak mahu membazir masa membarui cukai jalan di pos office, boleh minta penghantaran cukai jalan (dari myEG) ke rumah dengan sedikit bayaran tambahan.

Pilihan tambahan liputan insurans

Selain daripada kereta, insurans tambahan seperti cermin kereta, banjir dan tanah runtuh boleh dibeli dengan “tick” tambahan yang dikehendaki.

Dividen tambahan

insurance-dividenSatu kebaikan yang tidak disangka-sangka ialah boleh menerima dividen daripada syarikat takaful ini tiap-tiap tahun apabila syarikat untung. Walaupun jumlahnya tidaklah besar, tetapi nilai and usahanya dihargai. Inilah satu-satunya syarikat insurans yang memberi dividen kepada pembeli insurans kereta yang saya ketahui setakat ini.

 

 

 

 

 

 

 

Comments are closed.