Insurans Melancong Paling Berbaloi

Melancong adalah kemahuan kebanyakan orang, sekurang-kurangnya sekali setahun. Semasa melancong,kadang-kala perkara yang tidak dikehendaki berlaku, seperti kelewatan atau perbatalan penerbangan, kehilangan bagasi, kemalangan semasa melancong and lain-lain.

Apakah Anda Perlu Insurans Melancong

Rawatan perubatan di negara-negara seperti United States, UK adalah sangat mahal. Tanpa insurans melancong, seseorang yang mengalami kemalangan di luar negara terpaksa membiayai kos perubatan yang tinggi jika rawatan perubatan diperlukan. Insurans melancong bukan sahaja melindungi kos rawatan di luar negara, malah ia juga merangkumi kos rawatan susulan.

 

Cara Membeli

Care traditional ialah membeli daripada agen-agen insurans di mana anda mendapat perkhidmatan mereka (membeli and menuntut pampasan kemudian jika perlu). Kos lebihan sebanyak 15-25% untuk komisen insurans agen and yuran pentadbiran.Cara yang kedua ialah membeli secara online melalui internet di mana anda dapat membeli serta-merta dan nikmati diskaun 15-25%.

 

Bagaimana Memilih Insurans

Faktor-faktor yang diguna semasa saya memilih syarikat insurans melancong

Harga rendah dengan jumlah insurans yang paling tinggi

Langkah pertama ialah dapatkan laman web untuk syarikat-syarikat berkenaan, analisis harga dan jumlah yang diinsuranskan. Harga bergantung kepada jumlah dikehendaki insurans (perseorangan atau keluarga), destinasi melancong and jumlah hari melancong.

Semasa membanding jumlah pampasan, tumpuan kepada pampasan yang paling penting atau biasa berlaku seperti pampasan kematian, perbelanjaan perubatan, kehilangan dokumen perjalanan, kerosakan bagasi and kelewatan perjalanan

Liputan ataupun Manfaat paling banyak

Bandingkan faedah yang diberi daripada syarikat berlainan, anda akan dapati terdapat tambahan 2-4 manfaat daripada mana-mana syarikat. Tetapi jikalau manfaat itu jarang dapat dinikmati, tidaklah perlu ditimbangkan.

 

Tiga Pilihan Insurans Melancong Terbaik

Semasa memilih insurans melancong untuk dua orang ke China, berikut adalah TOP 3 syarikat insurans yang saya pilih. Anda boleh klik syarikat tersebut untuk mendapat sebut harga serta-merta untuk perbandingan harga dan faedah, semoga membantu.

AXA Smart Travekker

Kurnia Travel Supreme

Tokio Marine Travel Assistance

Updated: August 5, 2017 — 9:52 am
JimatRinggit.com © 2016