harga-petrol-tak-turun

Walaupun harga minyak dunia turun 30% untuk tahun 2015, harga di negara kita hanya turun 6 sen, iaitu 3% sahaja. RM1.91 untuk RON95 (Januari 2015) dan RM1.85 untuk RON95 (Disember 2015). Walaupun harga petrol tidak meningkat, harga-harga barangan dan perkhidmatan sudah meningkat sejak pelaksanaan 6% GST. Apa yang membimbangkan ialah harga kenailkan infrastruktur seperti elektrik and tol yang boleh memberi kesan rantaian kenaikan barangan harian.

Walaupun tidak banyak yang boleh dibuat dengan kenaikan harga barangan, salah satu tindakan yang boleh kita buat ialah lebih berjimat cermat. Selain daripada pembelian barangan and perkhidmatan, wang dapat dijimat daripada penggunaan minyak. Secara purata, kira-kira RM300 sehingga RM600 sebulan dibelanjakan oleh satu kelurga yang mengguna kereta. Artikel berikut menaraikan beberapa tip penjimatan petrol untuk rujukan semua.

Pemilihan kereta

Jika anda bimbang tentang perbelanjaan petrol untuk kereta maka anda perlu membuat pertimbangan terhadap jenis kereta sebelum membelinya. Kereta yang lebih besar jelas menggunakan lebih bahan api daripada kereta yang lebih kecil. Sebelum membeli kereta, anda boleh mendapatkan maklumat tentang berapa harga penggunaan petrol seliter daripada blog kereta seperti paultan dan autoworld. Kereta sukan dan SUV memang menarik tetapi tidak sama sekali jimat minyak. Jadi, ia terpulang kepada keutamaan pelanggan tentang apa yang dia kehendaki.

Cara memandu

Dengan hanya menukar cara memandu, seseorang dapat meningkatkan kecekapan pembakaran bahan api sebanyak 25%, terutamanya untuk kotak gear manual. Sekiranya anda mahu menjimat bahan api, cuba menukar gear supaya enjin  tidak melebihi 2500 RPM. Ini adalah sangat penting tetapi kebanyakan orang mengabaikannya untuk mencapai kelajuan yang tinggi tanpa menyedari bahawa sebenarnya mereka membakar bahan api lebih banyak. Ubahan gear terlalu awal juga tidak membantu.

Satu lagi aspek penting dalam penjimatan bahan api ialah mengelak daripada menggunakan klac terlalu kerap dan melalui lalu lintas yang sesak. Mengekalkan kelajuan memandu yang sama adalah jauh lebih baik daripada memandu secara memecut and berhenti mendadak. Memecut pada setiap permulaan akan menghauskan banyak gas anda. Tindakan lebih bijak ialah mempercepatkan kelajuan perlahan and memastikan enjin anda pada RPM yang rendah.

Penjagaan kereta & Hawa Dingin

Pastikan kereta anda ditala setiap tiga bulan atau 5000 KM, kereta yang tidak servis secare tetap masa pasti menggunakan lebih bahan api. Tekanan tayar kereta mesti disemak and angin ditambah sekiranya tidak cukup. Selain itu, elakkan daripada membuka penghawa dingin ke tahap paling tinggi, bukalah tingkap pada mulanya untuk mengeluarkan udara panas. Apabila sudah sejuk, mesti ingat menutup tingkap sebab tingkap yang terbuka dalam kelajuan tinggi menghabislan lebih bahan api daripada membuka penghawa dingin.

Kesimpulannya, untuk mendapat penjimatan yang terbaik, seseorang itu perlu memandu pada kelajuan yang betul dan konsisten. Apabila meningkatkan kelajuan, anda perlu mempercepatkan perlahan-lahan. Elak daripada mengisi tangki pada waktu panas dan yang paling penting adalah membeli kenderaan dengan mileage yang baik kerana ini pasti akan menjimatkan banyak wang dalam jangka panjang.

Comments are closed.