Category: General

Belanjawan Tahun 2019 (Rinkasan Luar Biasa)

Ucapan belajawan tahun 2019 MalaysiaUcapan belajawan 2019 Malaysia telah berlangsung 3 jam yang lalu, berikut adalah ringkasan khas yang jarang diliputi oleh media-media.

<<< BERITA BAIK  >>>

 

1. Pelepasan Cukai KSWP & Insurans Hayat Tambah daripada RM 6000 kepada RM7000

“Untuk menggalakkan pemilikan perlindungan insurans, perlepasan cukai bagi caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen yang diluluskan; dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat.

2. Harga Tol Beku! Pemandu motor tak payah bayar tol Jambatan

“Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta. Selain itu, Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.”

3. Pelepasan cukai SSPN Tambah daripada RM6,000 kepada RM8,000

Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000;

4. Pengeculian duti setem Surat cara pindah milik Rumah Pertama

Sehingga 31 Mac 2018, terdapat lebihan hartanah kediaman yang bernilai RM22 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 65% berbanding RM13.3 bilion berbanding tahun sebelumnya. Bagi menangani isu ini, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama, berharga antara RM300,001 sehingga RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2019.

5. Subsidi Petrol RON95 RM0.30/seliter sebanyak 100 liter sebulan untuk pemilik SATU kereta di bawah 1,500 cc

“Pakatan Harapan melalui manifestonya telah berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.”

“Atas rasa keprihatinan, Kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik janji tersebut dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah. Melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal. Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019.”

5. Gaji Minimum ditingkat kepada RM1,100

Menyedari keperluan dan kepentingan untuk memastikan kadar gaji dapat menampung suasana kenaikan kos sara hidup, Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

6.Subsidi bil elektrik Tambah Kepada RM40 untuk pendaftar e-Kasih

Pada masa ini, Kerajaan memberi subsidi kepada semua isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah. Selaras dengan hasrat Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi ini akan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih. Dengan sedemikian, Kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun.

 

7.Bantuan Sara Hidup untuk golongan berpendapatan rendah

Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Mulai Januari 2019:
• Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000;
• Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan berjumlah RM750; dan
• Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

 

 

<<< BERITA TAK BEGITU BAIK  >>>

1. Bayar RM20 atau RM40 ke luar negara dengan kapal terbang

“Demi menggalakkan pembangunan pelancongan domestik, Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019. Kadar yang dicadangkan adalah melibatkan dua peringkat kategori, iaitu pertama, sebanyak RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.”

2. Cukai CKHT 5% walaupun jual rumah selepas tahun ke-enam

Kerajaan akan memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya. Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 0% kepada 5%.

 

Terjemahan Malay to English

Kadang-kala kita perlu menterjemahkan teks dari Bahasa Malay ke Bahasa Inggeris di Malaysia. Sebelum zaman kumputer, ini adalah sukar sama sekali and bergantung kepada juru terjemahan. Tetapi, tugas ini dapat disempurnakan sekelip mata saja dengan bantuan internet.

Translate Malay to English

Pertama sekali, pastikan anda menentukan ketepatan yang sesuai yang anda inginkan untuk teks diterjemahkan. Jelas sekali, anda mungkin mahu teks selesai anda menjadi setepat mungkin. Dengan kata ini, anda perlu dapat menetapkan program terjemahan anda untuk menawarkan terjemahan yang sangat baik. Lihatlah pelbagai kemas kini yang mungkin anda gunakan bukan sahaja untuk membantu teks terjemahan syarikat, tetapi tambahan untuk meningkatkan jumlah bahasa yang boleh anda gunakan pada tugas terjemahan anda.

Program Terjemahan Internet paling Baik

 

Kebaikan Terjemahan Mesin

Alat perisian yang menggunakan terjemahan mesin semakin berkembang maju dan pada masa kini banyak pilihan alat-alat. Tugas penterjemahan pelbagai jenis teks boleh dilakukan dengan enjin terjemahan automatik. Dengan bantuan OCR dalam talian, teks dari dokumen dalam Format Dokumen Portable (iaitu PDF) atau buku dapat diimbas and ditukar kepada teks yang kemudiannya ditukar ke bahasa lain dalam masa yang singkat. Ini banyak menjimat masa and duit.

Kelemehan Terjemahan Mesin

Ini sering terjadi ketika anda menerjemahkan dokumen misalnya, apabila anda dapat mengabaikan spesifikasi banyak kata, walaupun anda tahu spesifikasi banyak orang lain. Jadi, anda akan dapat menerjemahkan hanya seksyen dokumen, dan untuk memahami hanya bagaimana ia berlaku, tanpa memahami banyak butiran.

Isu yang lebih membimbangkan adalah hasil alat terjemahan talian automatik yang mencipta kandungan yang dihasilkan secara automatik. Oleh kerana kualiti terjemahan automatik yang tidak baik, tapak dalam talian yang dibina pada kandungan yang dijana secara automatik tidak memberikan banyak nilai kepada pengguna. Memberi pengguna dengan halaman yang tidak diterjemahkan bukanlah apa yang dicari oleh enjin carian. Dan dalam kes Google, ia adalah menentang Garis Panduan Juruwebnya.

Mengapa Terjemahan Manusia Lebih Baik Daripada Terjemahan Mesin?

Seorang penterjemah yang cekap menawarkan terjemahan dokumen penuh, penyetempatan laman web, sijil, risalah dan terjemahan surat, untuk meminimumkan masalah kekeliruan dan komunikasi. Sama ada anda sedang mencari terjemahan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris ke BahasaMelayu. Juru penterjemah bahasa boleh memberikan perkhidmatan yang cepat dan cekap.

Cadangan Penggunaan Bahasa in Laman Web

Jika anda menjalankan tapak bahasa asing yang dibina untuk mensasarkan pengguna demografi tertentu, anda mungkin ingin mempertimbangkan menjalankan versi bahasa Inggeris. Walaupun anda fikir produk atau perkhidmatan anda dimaksudkan untuk pengguna yang tidak berbahasa Inggeris, terdapat banyak nilai untuk dihasilkan daripada menawarkan versi laman web masing-masing di dalam bahasa.

Jimat Duit Perbarui Insurans Kereta

 

Tahukan anda bahawa anda boleh menjimat sekurang-kurangnya 10% daripada harga dasar premium jika memperbarui insurans kereta melalui Maybank Etiqa? Sekiranya premium insurans banyak, penjimatan ini satu angka yang besar juga.

Apakah kebaikan mengguna Motor Takaful

Saya memang suka mengguna service barui insurans kereta secara online untuk kereta yang tidak tertakluk kepada pihak insurans pilihan jualan syarikat kereta. Antara sebad-sebab nya adalah:

Kalkulator insurans & Bayaran Jelas

car insurance calculatorLaman web mempunyai kalkulator yang memberi anggaran premium kereta selepas menolak NCD (no claim discount). Selain itu, semua butiran bayaran dipaparkan tanpa prasangka.

10% rebat serta-merta

Selepas masukkan butiran kereta, premium dan NCD, 10% rebat akan ditolak daripada jumlah bayaran serta merta. Jika anda memilih membayar menggunakan kad kredit, gunalah CIMB cash rebate kad kredit kerana dapat tambahan 5% rebat daripada CIMB di hujung bulan nanti.

Senang & Cepat

Tidak perlu lagi membazir masa dan petrol kereta pergi tempate JPT dan menunggu ataupun membayar komisen kepada “runner” untuk membarui. Asalkan ada “internet” di rumah, bolehlah buat semua ini di rumah yang selesa.

Kali pertama ambil masa lebih sikit untuk masukkan maklumat kereta seperti numbor enjin, cc and selainnya. Tahun depan senang sahaja kerana semua maklumat dalam sistem, cuma tukar premium sahaja, NCD akan dikira secara automatik.

Jika anda tidak mahu membazir masa membarui cukai jalan di pos office, boleh minta penghantaran cukai jalan (dari myEG) ke rumah dengan sedikit bayaran tambahan.

Pilihan tambahan liputan insurans

Selain daripada kereta, insurans tambahan seperti cermin kereta, banjir dan tanah runtuh boleh dibeli dengan “tick” tambahan yang dikehendaki.

Dividen tambahan

insurance-dividenSatu kebaikan yang tidak disangka-sangka ialah boleh menerima dividen daripada syarikat takaful ini tiap-tiap tahun apabila syarikat untung. Walaupun jumlahnya tidaklah besar, tetapi nilai and usahanya dihargai. Inilah satu-satunya syarikat insurans yang memberi dividen kepada pembeli insurans kereta yang saya ketahui setakat ini.