Belanjawan Tahun 2019 (Rinkasan Luar Biasa)

Ucapan belajawan tahun 2019 MalaysiaUcapan belajawan 2019 Malaysia telah berlangsung 3 jam yang lalu, berikut adalah ringkasan khas yang jarang diliputi oleh media-media.

<<< BERITA BAIK  >>>

 

1. Pelepasan Cukai KSWP & Insurans Hayat Tambah daripada RM 6000 kepada RM7000

“Untuk menggalakkan pemilikan perlindungan insurans, perlepasan cukai bagi caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen yang diluluskan; dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat.

2. Harga Tol Beku! Pemandu motor tak payah bayar tol Jambatan

“Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta. Selain itu, Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.”

3. Pelepasan cukai SSPN Tambah daripada RM6,000 kepada RM8,000

Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000;

4. Pengeculian duti setem Surat cara pindah milik Rumah Pertama

Sehingga 31 Mac 2018, terdapat lebihan hartanah kediaman yang bernilai RM22 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 65% berbanding RM13.3 bilion berbanding tahun sebelumnya. Bagi menangani isu ini, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama, berharga antara RM300,001 sehingga RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2019.

5. Subsidi Petrol RON95 RM0.30/seliter sebanyak 100 liter sebulan untuk pemilik SATU kereta di bawah 1,500 cc

“Pakatan Harapan melalui manifestonya telah berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.”

“Atas rasa keprihatinan, Kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik janji tersebut dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah. Melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal. Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019.”

5. Gaji Minimum ditingkat kepada RM1,100

Menyedari keperluan dan kepentingan untuk memastikan kadar gaji dapat menampung suasana kenaikan kos sara hidup, Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

6.Subsidi bil elektrik Tambah Kepada RM40 untuk pendaftar e-Kasih

Pada masa ini, Kerajaan memberi subsidi kepada semua isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah. Selaras dengan hasrat Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi ini akan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih. Dengan sedemikian, Kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun.

 

7.Bantuan Sara Hidup untuk golongan berpendapatan rendah

Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Mulai Januari 2019:
• Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000;
• Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan berjumlah RM750; dan
• Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

 

 

<<< BERITA TAK BEGITU BAIK  >>>

1. Bayar RM20 atau RM40 ke luar negara dengan kapal terbang

“Demi menggalakkan pembangunan pelancongan domestik, Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019. Kadar yang dicadangkan adalah melibatkan dua peringkat kategori, iaitu pertama, sebanyak RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.”

2. Cukai CKHT 5% walaupun jual rumah selepas tahun ke-enam

Kerajaan akan memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya. Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 0% kepada 5%.

 

Updated: November 2, 2018 — 8:02 pm
JimatRinggit.com © 2016