5 langkah jimat duit

Menjimat wang adalah satu cabaran yang berlanjutan and patut dijadikan satu tabiat untuk mendatangkan hasil. Banyak orang berperang dengan cabaran ini tetapi tidak berjaya kerana sebab-sebab tertentu sama ada set matlamat terlalu tinggi atau tidak konsisten. Dengan 5 langkah sederhana dan berkesan di bawah, kami yakin anda boleh nampak hasil tak lama lagi.

Simpan 10% Dahulu

Salah satu tip menyimpan berkesan dipesan oleh ibu bapa kita ialah menyimpan duit dengan konsisten. Peraturan praktikal ialah menempatkan sampingan sekurang-kurangnya 10% dari gaji setiap bulan, tetapi anda harus sentiasa mulakan dengan apa yang anda mampu. Apa yang penting ialah konsisten.

Bayar Penuh Kad Kredit

Guna 1-2 kad kredit yang memberi pulangan terbaik sama ada dari segi rebat atau mata (points). Bayar penuh hutang kredit  dan set kalendar peringatan bulanan in telefon bimbit supaya tidak terlambat bayar. Kalau terlupa satu dua kali kadang kala, cepat cepat telefon dan minta bank batalkan bayaran denda. Biasanya bank akan batalkan denda bayaran lambat berdasarkan rekod bagus anda.

Kad kredit Rebat (Tunai atau Points)

Pilih secara bijak and guna kad kredit yang menawarkan tunai balik atau points untuk pembelian seperti petrol, belian runcit and bil-bil telefon, Astro, Telekom and elektrik. Jikalau diguna dengan betul, kad kredit dapat memberi pulangan wang yang banyak di akhir bulan kerana 5-10% untuk belanja satu ribu ringgit bermakna jimat sebanyak RM50-RM100 sebulan. Kata orang tua-tua, sedikit sedikit, lama lama menjadi bukit.

Laman Web Rebat Tunai

Seperti dengan kad kredit, ada laman web yang memberikan rebat tunai ketika anda membe-belah online melalui web mereka. Salah satu laman web rebat di Malaysia ialah shopback.my, ia memberi rebat wang untuk belanja di syarikat seperti TM (12.5%), Maxis (12.5%), Lazada (<10%), Groupon (<7%), Agoda (RM40) dan banyak lagi. Bila digabungkan dengan teknik di atas, anda mendapat diskaun harga belian (beli dari tawaran terbaik internet) dan menyimpan lebih duit (memperoleh tunai kembali dari kad kredit dan laman web)

website offer cash back

Banding Harga Sebelum Membeli

Dengan internet, bukan sahaja dapat mencari makluman barang yang hendak beli, malah dapat mencari tempat mana yang menawarkan harga terbaik. Jika anda berlatih membanding harga mengguna internet selalu, anda akan kagum betapa banyak yang sudah dijimatkan terutamanya bila membeli barangan berharga tinggi.

Apabila anda mula menggunakan strategik penjimatan di atas, anda akan menjimat duit tanpa disedari. Langkah-langkah tersebut senang diamalkan dan apabila menjadi tabiat, anda akan menjadi pengguna yang bukan sahaja bijak sakna tetapi juga bijak jimat.

 

Comments are closed.