jimat duit semasa melancong

Dengan matawang ringgit yang semakin merosot, pelancongan ke negara asing menjadi semakan membebankan untuk golongan bukan kaya-raya. Walaupun begitu, kita masih dapat membawa keluarga melancong ke negeri-negeri di Malaysia. Beberapa tips jimat-cermat akan dikemukakan, semoga ia dapat membantu saudara-saudari mengurangkan perbelanjaan perjalananan.

Lawatan Tempatan

Apakah anda sudah melancong ke negeri-negeri di Malaysia? Negara kita penuh dengan alam semula jadi yang cantik seperti pantai, pulau, gunung, tasik dan taman negara. Selain itu, banyak juga tempat bersejarah seperti di Melaka and Pulau Pinang yang penuh dengan makanan tradisional enak. Kunjungan ke tempat menarik tempatan akan membantu anak-anak ketika mereka belajar subjek sejarah dan geografi. Tempat-tempat menarik ini dapat dikunjungi dengan kenderaan sendiri tanpa perlu membeli tiket pernerbangan yang mahal atau merebut-rebut tiket murah Airasia.

Penjimatan Bilik Hotel

Sekiranya ingin penjimatan, buat penempahan bilik hotel sekurang-kurangnya sebulan sebelum perjalanan. Bilk standard boleh ditempah melalui internet dan menikmati diskaun 20-35% untuk penempahan awal. Diskaun hotel tambahan 5-15% jikalau tempahan dibuat menggunakan kad kredit bank tertentu pada hari-hari tertentu. Untuk keluarga yang besar, cara yang lebih jimat ialah menempah pangsapuri atau rumah penginapan (home stay) yang mempunyai 2-3 bilik.

Perbelanjaan Makanan

Membawa makanan-makanan yang tersedia makan atau senang disediakan boleh menjimat, terutamanya untul hari pertama pelancongan. Makanan and minuman seperti roti, keropok, bar coklat, biskut, minuman kotak atau minimum segera 3-IN-1 boleh mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu and menjimat masa perjalanan.

Lebih Banyak Berjalan kaki

Jika anda boleh meletak kereta di tempat pusat dan berjalan (atau naik MRT) untuk ke semua destinasi dalam satu kawasan, ia akan menjimat petrol dan juga meletihkan anak-anak anda di mana mereka akan tidur dengan nyenyak pada waktu malam. Untuk tempat-tempat yang sesak laulintas seperti Kuala Lumpur, adalah lebih baik tinggalkan kereta di hotel dan melawat menggunakan kenderaan awam.

Hadiah Yang Murah Tetapi Bermakna

Tidaklah perlu membeli hadiah yang mahal setiap kali keluar mengunjung. Makanan atau buah-buahan tempatan yang murah lagi sedap boleh juga dijadikan hadiah. Satu lagi idea bagus ialah membeli poskad tempatan yang menarik, ditambahkan tulisan daripada anak-anak sebelum dihadiahkan kepada saudara-mara dan kawan-kawan. Ini juga memberi peluang kepada anak-anak anda melatih penulisan mereka.

Comments are closed.